Jalal Talabani
Jalal Talabani

Jalal Talabani

Jalal Talabani (Kurdish: جەلال تاڵەبانی Celal Tallebanî, Bahasa Arab: جلال طالباني‎ Jalāl Ṭālabānī 12 November 1933 – 3 Oktober 2017) merupakan ahli politik Kurdis. Beliau menjadi Presiden Iraq dari tahun 2005 sehingga 2014. Walaupun Abdul Karim Qasim merupakan sebahagian keturunan Kurdis, namun Talabani menjadi Presiden Iraq pertama bukan dari keturanan Arab.[2]Talabani merupakan pengasas dan setiausaha agung bagi salah satu parti politik utama Kurdis iaitu Kesatuan Patriotik Kurdistan (PUK). Beliau juga merupakan ahli tetap Dewan Pemerintahan Iraq Sementara, yang ditubuhkan berikutan penggulingan kerajaan Saddam Hussein dalam tahun 2003. Talabani telah menjadi pendokong hak dan demokrasi Kurdish di Iraq selama lebih dari 50 tahun.Selain bahasa Kurdi, Talabani juga fasih berbahasa Arab, Parsi dan Inggeris. Beliau turut menjadi ahli Sosialis Antarabangsa.[3]Pada 18 Disember 2012, Talabani telah mendapat angin ahmar. Satu kenyataan dari laman web rasmi Presiden menyatakan bahawa beliau sedang dirawat akibat arteri tersekat.[4][5][6] Pada 20 Disember, keadaan beliau semakin baik dan dibenarkan terbang ke Jerman untuk mendapatkan rawatan.[7][8][9][10]Pada 3 Oktober 2017, di usia 83 tahun, Talabami telah meninggal dunia akibat pendarahan serebrum sebagai komplikasi dari strok di sebuah hospital di Berlin.[11]

Jalal Talabani

Lahir Jalal Husamuddin Talabani[1]
1933
Kelkan, Kurdistan
Tempat persemadian Dabashan, Sulaymaniyah
Didahului oleh Jawatan diwujudkan
Alma mater Universiti Baghdad
Digantikan oleh Kosrat Rasul Ali (pemangku)
Pasangan Hero Ibrahim Ahmed (k. 1970)
Parti politik Parti Demokratik Kurdistan (1947–1975)
Kesatuan Patriotik Kurdistan (1975–2017)
Anak-anak 2, Bafel, Qubad
Sebab kematian Cerebral hemorrhage
Meninggal dunia 3 Oktober 2017(2017-10-03) (umur 83–84)
Berlin, Jerman
Perdana Menteri Ibrahim al-Jaafari
Nouri al-Maliki
Naib Presiden Adil Abdul-Mahdi
Ghazi Mashal Ajil al-Yawer
Tariq al-Hashimi
Khodair al-Khozaei

Rujukan

WikiPedia: Jalal Talabani http://www.chinadaily.com.cn/english/doc/2005-04/0... http://www.aljazeera.com/news/middleeast/2012/12/2... http://www.huffingtonpost.com/2012/12/18/jalal-tal... http://www.hurriyetdailynews.com/iraq-presidential... http://worldnews.nbcnews.com/_news/2012/12/20/1603... http://www.worldbulletin.net/world/194627/former-i... http://www.krg.org http://www.socialistinternational.org/viewArticle.... http://www.bbc.co.uk/news/world-middle-east-207664... http://www.bbc.co.uk/news/world-middle-east-207942...